Setiap minggu, makanlah jamu atau telor ayam kampung bersama madu lebah yang dicampur dengan tongkat Ali atau ubat kuat yang lain. Selain itu, susu tepung juga merupakan minuman penting untuk menjaga kesihatan dan menguatkan tenaga batin.
Manakala buah-buahan pula membantu kita mengekalkan keseimbangan zat dalam tubuh. Kalau boleh, makanlah seberapa banyak yang mampu terutamanya buah-buahan tempatan.
Untuk stamina, setiap pagi amalkan berjalan sejauh satu kilometer untuk menguatkan pernafasan dan melancarkan darah. Sambil berjalan itu, salawatlah beberapa kali sebagai tanda syukur pada nikmat Allah.
Selepas itu, cuba pula berjalan beberapa meter hanya menggunakan tumit kaki. Lebih elok lagi, jalan di atas batu yang berbonjol-bonjol. Sebenarnya ditumitlah terletaknya magnet kita, yang membantu menguatkan lagi organ tubuh.
Seminggu atau dua minggu sekali, tuam zakar menggunakan tuala hangat. Harus diingat, kepala zakar jangan sesekali diusik semasa melakukan tuaman kerana ia akan mudah terkejut dan memberi kesan yang tidak baik.
Paling penting sekali, yakinlah pada diri sendiri dan jangan mendengar hasutan orang lain. Kalau kita nak melakukan sesuatu yang baik, jangan teragak-agak tetapi teruskan usaha murni itu dan insyaAllah hidup kita pasti bahagia.
No comments:
Post a Comment